Saturday, October 29, 2011

datang dan pergi

kamu datang membawa harapan
menjadi tempat untuk saya bergantung
menghulurkan tangan untuk membantu saya berdiri
cuba untuk membina sebuah cerita yang baru dalam hidup saya
kamu menjanjikan kebahagiaan untuk kita
kamu meminta saya melupakan kisah lama antara saya dan dia

tapi sekarang

segala janji yang kamu taburkan sudah hilang dibawa angin
kamu meninggalkan saya atas alasan saya terlalu baik untuk kamu
kamu yang dulu memberikan harapan kepada saya
kamu juga yang pergi meninggalkan saya
apa salah saya?
tidak boleh kah saya mengapai kebahagiaan dalam hidup?
senang sungguh kamu menaburkan janji
sekarang kamu juga yang pergi meninggalkan saya

terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup saya
saya sayang kamu sampai bila - bila
:'(

Saturday, October 22, 2011

janji?

jangan mudah untuk berjanji kalau kamu tidak dapat tepati janji itu..............


Friday, October 7, 2011

kene skodeng

assalamualaikum

korang semua tahu tak apa maksud skodeng tu?
dalam erti kata lain mengintai
apa yang besh sangat mengintai - mengintai ni
selalu yang kena intai ni budak - budak perempuan laa
sahaja nak buat entri pasal tajuk ni sebab baru minggu lepas rumah sewa aku di skodeng !

bikin gempak tak tajuk entri nih
heeeeee
time kejadian berlaku dalam pukul 7.30 petang macam tu
matahari pun da hilang time tu
kira macam da senja gitu
boleh membe aku dengar bunyi something dekat tingkap belakang
aku bajet bunyi kucing or something
so ak cakap dengan dia takda pape laaa

tiba - tiba

aku ternampak kelibat lelaki tengah nak skodeng dengan tingkap tu
aku nampak dia pakai baju putih
bertelinga capang then botak orangnya
then aku bagitahu housemates aku yang lain
aku memang cuak gila time tuh
then aku terus tutup lampu dapur
tengok lelaki yang skodeng tu
dia dengar kami bising - bising
nak ugut report polis bagai
dia hilang tak tahu pergi mana
then aku tengok tingkap bilik aku terbuka
memang sah dia punya kerja
port baek dia cover
tudung membe aku bergantungan dekat situ
so memang tak perasan yang tingkap tuh memang terbuka
aku terus tutup tingkap tuh
then terus letak tape dekat kain langsir tuh

then kita orang pecahkan kaca dekat belakang rumah
letak ranting - ranting kayu bagai
atleast kalau dia skodeng lagi
kami boleh detect laa
then terus panggil polis tangkap dia
padan muke dia
hahaha

hope lepas ni dia sudah tak berani nak skodeng rumah kita orang lagi

Saturday, October 1, 2011

ini diri saya

saya mengaku
saya ni bukan seorang yang sangat baik
saya bukan seorang yang cantik
saya ada banyak kekurang diri
saya tidak mempunyai banyak ciri - ciri seorang gadis yang lemah lembut
saya ni seorang agak kasar sebenarnya
saya ni memang seorang yang cepat kelam kabut
walaupun pekara itu amat mudah untuk diselesaikan
saya selalu mengambil masa yang lama untuk selesaikan masalah itu
saya selalu mudah untutk menjadi seorang yang pelupa
saya akan take note untuk something dengan niat nak mengingatkan diri sendiri
saya seorang yang agak cerewet
tapi bukan selalu
just kadang - kadang perangai cerewet saya itu amat terserlah
saya mengaku saya memang agak boros
saya tak boleh tengok barang comey - comey, perfume, ect
memang saya akan beli mane barang - barang yang saya suka
saya mengaku saya seorang yang pemarah
saya juga seorang yang kurang mempunyai sifat kesabaran
saya mengaku saya amat manja
hurm
maybe sesetengah orang yang rapat dengan saya boleh nampak sifat itu
tapi ramai orang yang tak berapa rapat dengan saya cakap saya sombong
saya mengaku saya ni agak kuat merajuk
kadang - kadang saya boleh merajuk pasal sesuatu benda yang tak penting pun
tapi saya akan tetap merajuk
saya memang keras kepala aka degil yang teramat - amat
saya tidak mudah untuk mengikut arahan orang dengan sesuka hatinya
kalau saya rasa opinion itu oke then baru saya follow
kalau tidak oke then saya ignore terus
papehal pun saya akan cuba untuk berfikir dengan sedalam - dalamnya.