Saturday, December 22, 2012

Langgar orang dan jatuh motor

salam semua :)
tadi time balik kerja,
traffic jam so kena la bawa kereta slow kan?
so time tu aku dapat idea nak blogging tajuk tentang
pengalaman aku langgar orang dan jatuh motor
*kenangan manis kannn*
-_______-

firstly, aku nak cerita pasal aku langgar orang tu,
time tu aku tengah practical 
dekat Majlis Daerah Hulu Selangor,
waktu hari kejadian,
aku on the way nak balik rumah
macam biasa la, kereta banyak kan
ok, lalu dekat area Rasa dekat dengan Shell tu,
ada sebuah motorsikal lalu sebelah kereta aku,
makin lama motor tu makin ketengah
makin himpit aku laa kan
so aku nak potong la motor dia,
aku bajet aku boleh lepas dia
lagi aku ke tengah sebab nak potong dia,
dia pun follow ke tengah jugak
ntah macam mane
handle motor dia terkena side mirror kiri kereta aku
then motor dia hentam pintu belakang belah kiri kereta aku
*aku pinjam pakai je, kereta emak aku punye*
lepas tu motor dia dah ade kat tengah jalan
dia dah guling-guling kat tengah jalan tu
aku boleh tarik hand-break
then toleh ke belakang nak tengok dia okay ke tak
alhamdulillah, naseb baik dia okay
aku cuak jugak kalau dia teruk ke ape
terus aku parking tepi jalan
then aku menangis
terus trauma nak pegang stereng kereta
tunggu emak aku sampai then 
drive bawa aku balik rumah

*esoknya aku tak datang pun opis,
lepas tu nak tak nak aku kena jugak bawa kereta
takkan nak suruh emak aku hantar amik aku kat Kuala Kubu tu kan
nanti ade orang cakap aku gedik pulak
so kena la beranikan diri bawa kereta jugak*

nak cerita pengalaman aku jatuh motor pulak
time tu baru lepas mandi sungai sedim dekat area kulim tu,
dah lapar kan, so aku dengan member-member aku,
teringin nak makan bakso,
so kitaorang cari laa kedai bakso kat area tu,
time tu bawa 2 buah motorsikal je,
melilau mata nak cari kedai bakso tu,
aku follow rapat dengan motor membe aku tu,
aku tak nampak dia break
tak perasan pun time tu
terus laa aku buat break emergency
hah! amik kau!
terus aku terjatuh terseret macam tu
memang sakit
aku betul-betul jatuh dekat depan kedai jual bakso
pekerja kedai makan tu pun  tolong angkat motor aku time tu
rasa malu tak payah nak cakap la
dengan kaki aku berdarah lagi, tapi time tu tak rasa sakit
so kite orang makan laa, perut da lapar gila time tu

* start rasa sakit bila dah lepas mandi dekat rumah,
time tu rasa macam nak meraung pun ade
aku beli dettol letak dekat luka tu
memang terbaik laa
pedih gila tapi cepat kering luka tu*

moral of the story

bahaya sebenarnya bila berada atas jalan raya ni
kita macam mempertaruhkan nyawa kita tau
so nasihat aku, kita kena laa berhati-hati
bawa kereta elok-elok
ingat orang yang tersayang

antara orang yang rapat dengan aku
yang terlibat dengan kemalangan jalan raya
1) Mohd Rafee (ayah aku)
2) Mohd Nur Hamzani (kawan aku)

*sila sedekahkan Al-fatihah kepada mereka*
sekian terima kasih
assalamualaikum







No comments: