Sunday, December 30, 2012

mood down

aku cuba jadi kuat
tepis semua caci maki yang kau lempar kat aku
tapi aku tak boleh
aku simpan semua dalam hati
takde sapa pun yang tahu apa yang aku rasa sekarang
aku memang berdendam
aku boleh maafkan kesalahan kau
tapi aku takkan lupa apa yang kau buat dekat aku

kenapa semua orang sentiasa mencari salah aku?
teruk sangat ke aku ni?
aku memang tak sempurna
tapi aku rasa aku dah buat yang termampu
yang aku boleh bagi
aku cuba puaskan hati semua orang
tapi kenapa semua orang nak hentam aku balik?

semua orang ada buat salah
aku pun cuba untuk memperbaiki diri aku sendiri
tapi tak boleh la kau nak cari point hentam aku
aku rasa down gila kowt kau buat aku macam tu
semua manusia ada hati dengan perasaan la
cuma nak tunjuk dengan taknak tunjuk je

aku rasa down gila
dah la tak wish birthday aku
aku tak mintak pun kau wish
atleast hormat laa aku
aku rasa aku dah buat macam - macam kowt untuk kau
sampai aku taknak cari bf sebab aku malas nak fikir pasal lelaki
aku nak pentingkan family aku
tapi kau tak nampak semua tu

aku takut nak kawan dengan lelaki
sebab aku takut kena tipu bodoh-bodoh 
macam aku kena time dengan exbf aku
time dia kapel dengan aku
dia boleh kapel dengan perempuan lain
then dia tunang dengan perempuan lain
aku dah setia gila kot dengan dia
aku sanggup tahan lapar semata-mata aku nak bagi dia pinjam duit
aku memang bodoh dulu sebab terlalu percayakan dia
boleh tak semalam dia mesej aku semata-mata nak pinjam duit aku
aku dah takde pape hubungan dengan dia
boleh dia nak pinjam duit aku?
aku memang semak otak la kalau dia cari aku balik
aku takde life kalau dia kacau hidup aku
aku taknak kawan dengan lelaki sebab aku taknak kene tipu
aku taknak kene tipu macam aku kena dengan exbf aku dulu

aku tak tahu laa kenapa hati aku lembut sejak dua tiga menjak ni
air mata selalu sangat jatuh
kadang-kadang bila aku tension 
then aku menangis, aku rasa lega
ntah laa
aku tak tahu nak tulis apa lagi

assalamualaikum




Friday, December 28, 2012

sudah makin tua



hari ni genap umur aku 23 tahun
sudah semakin tua aku rasa
tak lama lagi 
aku akan jalan terbongkok-bongkok 
sambil pegang tongkat besi

haishhh -,-''
apa yang aku dapat sepanjang umur 23 tahun ni??

kerja? baru dapat

belajar sampai tahap diploma je
*nak sambung degree malas*

bf? aku single
*malas nak semak otak fikir pasal kapel ni*

dari umur aku sehari
sampai laa umur 23 tahun ni
aku BERSYUKUR
dengan apa yang aku ada
*ALHAMDULILLAH*
aku tahu yang ALLAH SWT
da rancang yang terbaik untuk aku

aku kena berubah untuk menjadi 
seorang yang matang
yang sabar
yang lebih baik.

okay laa
gtg
nak siap2 pergi kerja
assalamualaikum
:) 



Saturday, December 22, 2012

Langgar orang dan jatuh motor

salam semua :)
tadi time balik kerja,
traffic jam so kena la bawa kereta slow kan?
so time tu aku dapat idea nak blogging tajuk tentang
pengalaman aku langgar orang dan jatuh motor
*kenangan manis kannn*
-_______-

firstly, aku nak cerita pasal aku langgar orang tu,
time tu aku tengah practical 
dekat Majlis Daerah Hulu Selangor,
waktu hari kejadian,
aku on the way nak balik rumah
macam biasa la, kereta banyak kan
ok, lalu dekat area Rasa dekat dengan Shell tu,
ada sebuah motorsikal lalu sebelah kereta aku,
makin lama motor tu makin ketengah
makin himpit aku laa kan
so aku nak potong la motor dia,
aku bajet aku boleh lepas dia
lagi aku ke tengah sebab nak potong dia,
dia pun follow ke tengah jugak
ntah macam mane
handle motor dia terkena side mirror kiri kereta aku
then motor dia hentam pintu belakang belah kiri kereta aku
*aku pinjam pakai je, kereta emak aku punye*
lepas tu motor dia dah ade kat tengah jalan
dia dah guling-guling kat tengah jalan tu
aku boleh tarik hand-break
then toleh ke belakang nak tengok dia okay ke tak
alhamdulillah, naseb baik dia okay
aku cuak jugak kalau dia teruk ke ape
terus aku parking tepi jalan
then aku menangis
terus trauma nak pegang stereng kereta
tunggu emak aku sampai then 
drive bawa aku balik rumah

*esoknya aku tak datang pun opis,
lepas tu nak tak nak aku kena jugak bawa kereta
takkan nak suruh emak aku hantar amik aku kat Kuala Kubu tu kan
nanti ade orang cakap aku gedik pulak
so kena la beranikan diri bawa kereta jugak*

nak cerita pengalaman aku jatuh motor pulak
time tu baru lepas mandi sungai sedim dekat area kulim tu,
dah lapar kan, so aku dengan member-member aku,
teringin nak makan bakso,
so kitaorang cari laa kedai bakso kat area tu,
time tu bawa 2 buah motorsikal je,
melilau mata nak cari kedai bakso tu,
aku follow rapat dengan motor membe aku tu,
aku tak nampak dia break
tak perasan pun time tu
terus laa aku buat break emergency
hah! amik kau!
terus aku terjatuh terseret macam tu
memang sakit
aku betul-betul jatuh dekat depan kedai jual bakso
pekerja kedai makan tu pun  tolong angkat motor aku time tu
rasa malu tak payah nak cakap la
dengan kaki aku berdarah lagi, tapi time tu tak rasa sakit
so kite orang makan laa, perut da lapar gila time tu

* start rasa sakit bila dah lepas mandi dekat rumah,
time tu rasa macam nak meraung pun ade
aku beli dettol letak dekat luka tu
memang terbaik laa
pedih gila tapi cepat kering luka tu*

moral of the story

bahaya sebenarnya bila berada atas jalan raya ni
kita macam mempertaruhkan nyawa kita tau
so nasihat aku, kita kena laa berhati-hati
bawa kereta elok-elok
ingat orang yang tersayang

antara orang yang rapat dengan aku
yang terlibat dengan kemalangan jalan raya
1) Mohd Rafee (ayah aku)
2) Mohd Nur Hamzani (kawan aku)

*sila sedekahkan Al-fatihah kepada mereka*
sekian terima kasih
assalamualaikum







Tuesday, December 18, 2012

Hati Rasa Sayu


assalamualaikum semua
sayu je rasa hati ini
hurm
teringat kenangan masa silam
rasa macam nak menangis
malam tadi da nangis da
hurm :'(

makin kita cuba untuk
lupakan seseorang
makin kita ingat dekat dia kan?
kenapa perlu macam tu?

sebelum ni aku tak amik kesah sangat
sejak dua menjak ni 
aku rasa sunyi
sunyi sangat

malam tadi aku TERcall exbf aku
dalam pukul 11 lebih macam tu
ada perempuan angkat
aku terus letak call
terus aku menangis
aku pun tak tahu
kenapa aku menangis
padehal baru minggu lepas
dia call aku
cuba nak pujuk aku
tapi aku marah dia

sebab apa aku call dia malam tadi?
sebab aku teringat dekat dia
aku rindu dia
TAPI
 MEMANG TAK BERBALOI
aku memang patut lupakan dia
lupakan semua tentang dia
aku pun tak tahu
kenapa sejak akhir-akhir ni
aku selalu teringat dia
hurm

tadi time balik
tengok tarikh hari ni
dekat jam tangan aku
hari ni 18/12/2012
terus aku teringat dekat arwah am
nama penuh arwah
Mohd Nur Hamzani

birthday arwah nak dekat
dengan birthday aku
aku ingat lagi 
mesej arwah hantar dekat hp aku
bagitahu birthday aku 
hampir sama tarikh 
dengan birthday dia
birthday arwah 21/12/1993
birth aku 29/12/1989
*kan nak dekat tu*

ye, aku memang rindu arwah
dia je yang sanggup layan aku
time dekat poli PD dulu
aku sempat kenal dia sebulan je
bulan 7 aku kenal dia
bulan 8 dapat berita dia meninggal
time bulan puasa
nak dekat raya time tu
menangis aku bila
dapat berita tentang dia time tu
:'(
sila sedekahkan bacaan Al-Fatihah
untuk arwah
aku harap kau tenang disana
semoga dia dirahmati
oleh Allah Swt

hati aku rasa sayu sangat
hurm
tak tahu laa kenapa
rasa macam nak menangis

- - - - - - - - - - - - - - - - -
assalamualaikum 
 - - - - - - - - - - - - - - - - - 



Wednesday, December 12, 2012

jadi nombor dua?????


assalamualaikum semua  :)
hari ni nak cerita pasal nombor dua
korang suka tak nombor 2?
ke korang suka nombor satu neh?
(◕‿◕)v

ramai orang lagi suka
nombor satu dari nombor dua kan?
ade lelaki ni nak 
aku jadi gf no dua dia?
*ayat dia memang tak boleh blah kan?*
-,-''

aku cakap dekat dia
aku takmo laa jadi nombor dua
sebab aku taknak hancurkan
hubungan dia dengan gf dia
kesian dekat gf dia
mesti gf dia sayang dia sangat-sangat
so aku taknak kacau hubungan diorang

karma
you know what is karma?
you will get back what you give
sebab tu aku taknak
sebab aku taknak karma cari aku balik
so scary you know
lol -.-''

aku dah pernah kena tipu dengan lelaki
so sekarang
aku jadi takut nak kawan dengan lelaki
kalau buat membe-membe
aku takde hal kowt
tapi kalau lebih tu sudah kira masalah

kalau nak fikir pasal jodoh
aku tunggu je jodoh turun dari langit
*macam sweet tak bunyi dia*
hihihihi
assalamualaikum  :)





Tuesday, December 11, 2012

Tamat Sudah




Hai semua  :)
dengan bangga tambah riak sikit
aku nak bagitahu aku sudah tamat belajar 
horey oyeh oyeh
*menari sambil goyang pinggang*
habis sudah aku study
Diploma in Accounting
dekat politeknik PD tu
alhamdulillah
seronok sangat tauu
(^.^)v

ok, dila wake up!
mase kau nak honeymoon
dah tamat okay!
diulangi dah tamat!
so sekarang kau kene cari kerja
*macam mana nak cari kerja*
huhu -,-''

aku ingat start bulan 1 or hujung dec ni,
aku baru nak start cari kerja
sekarang ni nak relax dulu
nak enjoy duduk rumah dulu
huhu  -.-''
*mak aku kalo tau, mati aku kene mara*

ade orang tanya
lepas habis belajar nak buat ape?
*jawapan aku*
nak cari kerja
sambil tu tunggu jodoh
turun dari langit
then nikah
harap sampai ke syurga laa
insyaAllah, amin  :)
assalamualaikum






Sunday, December 2, 2012

susah nak faham lelaki ni kan??



assalamualaikum :)
aku nak cerita pasal lelaki hari ni,
lelaki ni memang complicated sangat kan?
hurm
*sambil buat muncung panjang*

kenapa lelaki sudah ada gf
still cari lagi exgf dia??

situasi pertama:
diorang da clash dah dekat 7 bulan,
setiap bulan lepas diorang clash,
si lelaki itu still cuba
memujuk si exgf untuk terima dia balik
walaupun dia dah de gf.
ayat memujuk memang agak power laa
tapi si exgf ignore
sebab memang dah tau sangat perangai si exbf ni
kadang-kadang memang
rasa macam nak bagi peluang dekat si exbf
tapi mesti ada benda yang buat kantoi
bahawa si exbf ade gf lain.

si lelaki sudah ada gf tapi
kenapa still lagi mencari gf lain??

situasi kedua:
si lelaki buat-buat macam single
padehal dah de gf.
pandai dia berlakon sampai
si perempuan ni tak syak
yang si lelaki ni sudah ade gf,
si lelaki ni buat perempuan tu
betul-betul jatuh cinta dekat dia,
dan sanggup berhabis duit untuk dia.
perempuan tu sanggup berkorban
untuk si lelaki demi nak buktikan
bahawa dia betul-betul sayang lelaki tu.
bila lelaki tu dah bosan,
dia tinggalkan perempuan yang dia tipu tu.
si lelaki tu nak cari perempuan lain laa pulak.


itu laa yang memang betul-betul
aku tak faham dengan lelaki ni,
aku nak tanye pendapat korang macam mana?
sebab tu aku buat entry ni.
harap korang boleh bagi pendapat
sekian terima kasih
assalamualaikum  :)



Wednesday, November 28, 2012

rindu housemate poli pd :)


assalamualaikum :)

sekarang saya berada di rumah family,
dekat Rawang,
bila dah duduk rumah family,
rasa rindu laa time duduk rumah sewa dulu-dulu,
*padehal baru je seminggu dua duduk rumah* -.-''
sumpah rindu tauu  :)

memang laa bila duduk rumah sewa
semua kena buat sendiri,
i mean takde orang yang nak sediakan breakfast, lunch, dinner,
semua kena buat sendirikannnn -.-''
tapi rasa berdikari tauu bila duduk rumah sewa ni
*seyes, tak tipu okayy* :)

duduk rumah sewa,
ada kawan-kawan yang boleh layan kepala gila-gila aku ni,
boleh merepek meraban tengah-tengah malam,
takde orang pun nak kesah,
kalau dekat rumah family buat macam ni,
mau aku kene kejar dengan penyapu dengan emak aku
hahaha, okayy, 
*tak lawak* -.-''

rindu dengan kawan-kawan,
mane yang duduk satu rumah sewa dengan aku,
sumpah rindu sangat dekat korang  :)
mula-mula memang laa
perlukan masa untuk sesuaikan diri antara satu sama lain,
lama-lama dah okay laa kan kan kann?  :)
biase laaa, mesti ada perasaan tak puas hati itu semua,
tapi aku tak kesah sangat,
aku marah time tu je,
dah lama-lama aku okay balik  :)

ni laa housemate aku dekat poli pd tu
:)
taraaaaaa !



aku rindu korang semua !!
assalamualaikum  :)








Tuesday, November 27, 2012

belum sampai seru saya lagi laaaa





assalamualaikum :)

sekarang dah bulan november,
nak masuk disember,
sekarang memang musim orang nikah kawen,
ade je yang jemput datang event dekat fb,
sekarang dah class you all,
tak main dah pakai kad-kad ni,
old school katanye -.-''
I'm happy for you guys,
dah sampai seru nak nikah kann,
cepat jodoh korang sampai
alhamdulillah :)

cakap pasal jodoh,
emak aku bising,
risau kalau-kalau takde orang nak masuk meminang aku,
haishhh,
tak sampai seru lagi emak,
relax laaa dulu,
huhu >,<''

aku tak ready lagi laa nak bercinta menuju ke syurga ni
*ayat kemain syahdu bagai* -.-''
sebab hati aku dah serik
aku dah penat kena tipu dengan lelaki,
so sekarang ni aku relax je dulu,
tak mahu nak berjiwang bagai
tipu laa kalau aku cakap aku takde minat someone kann
*gelak gedik sebentar* hihihihi  ;)
aku minat sangat dekat dia,
baru je kenal kowt,
tapi tak tahu laa dia minat aku balik ke tak,
yang penting
aku suka dia
*amik tajuk lagu ainan tasnem*

k laa, papai
assalamualaikum
:)

Thursday, August 16, 2012

MASIH WUJUD KAH LELAKI ITU??

*apehal pulak ayam kecik neh nak bersenam neh*
(-.-)''
lupa nak cakap
assalamualaikum semua
hari neh aku nak cerita pasal 
ape yang paling aku risaukan sekarang
iaitu "komitmen dalam perhubungan"

aku jujur nak bagitau bahawa
umur aku semakin lama,akan menjadi semakin tua,
then sekarang aku patut mempunyai
seorang lelaki yang patut sentiasa bersama dengan aku
time susah dan senang
TETAPI
aku takde sape-sape sekarang
aku sudah single

aku GERUN
bila memikirkan kemungkinan
aku akan menjadi
ANDARTU
*aku taknakkk ok*
:'(

aku mencari lelaki
yang boleh memberikan komitmen dalam perhubungan
*maksudnya disini* 
lelaki yang sudah mula serius
dalam menjalinkan hubungan percintaan

tapi
MAJORITI lelaki sekarang
still nak have fun dalam hidup
walaupun umur diorang  sudah mencecah lewat 20-an

bagi aku lah
better jangan buang masa dengan lelaki
yang just nak have fun neh
diorang bukan nak komitmen dengan si gades
paling menakutkan
takut dia nak mempergunakan kau
demi untuk kepentingan diri dia sendiri

SUSAH sangat ke
nak menjadi seorang percinta yang SETIA???
bila kau setia, itu bermakna
kau seorang yang berkomitmen dalam percintaan itu,

pendapat aku bila tengok lelaki
memberikan komitment dalam percintaan
berkemungkinan besar
dia tidak akan curang terhadap pasangan selepas bernikah
komitmen itu membawa maksud
dia sanggup melakukan apa sahaja
demi untuk pasangannya

aku nak mencari lelaki yang
boleh memberi komitment kepada aku,
yang tidak akan mensia-siakan aku,
tidak akan mencurangi aku,
yang boleh menerima aku seadanya,

MASIH WUJUD KAH LELAKI ITU??
(^^,)










Saturday, July 28, 2012

Berbuka puasa


salam semua
hari ni nak cerita pasal berbuka puasa
*tetibe perut aku buat bunyi  =.=''
hewhew

nak cerita laa
tiap kali bulan puasa memang aku sedih
sebab jauh dari family  T.T
biase laa student kan

paling tak besh
kena berbuka puasa dengan air tangan orang lain
i mean beli lauk orang jual kat bazar laa
bukan emak yang masak

kalau nak ape - ape
kena beli kat bazar
kalau pandai masak
boleh jugak masak dekat rumah sewa
tapi mane nak sama 
dengan air tangan emak  T.T

aku rasa masakan yang paling sedap laa kat dunia neh
masakan emak aku lahh
sedap wooo wa cakap sama lu
kalau dah makan, rasa nak lagi
kekeke *buat iklan jap*  :P

macam hari neh laaa kan
mak aku masak ayam percik
*nyum nyum*  :3
bau sungguh menusuk ke lubang hidung
*sila jangan jelez ehh*
kekeke  :P

lupa nak bagitau
semalam aku dah balik rawang dah
then esok kene balik port dickson balik
*kalau taknak balik boleh takkk???*
=____________=''

semalam mak aku masak chicken chop
untuk berbuka
mak aku cuba masak jelaa
first time nak blaja masak fav anak-anak
walaupun tak berapa nak menjadi
tapi habis gak aku dengan adek-adek baham
*hancur diet aku tiap kali balik rawang*
=.=''

selamat berbuka puasa semua
see u next time
assalamulaikum
:)










Thursday, June 28, 2012

seksi itu indah


*amik mood*
*sebab tuh letak pic seksi macam neh*
*nampak tak dia pakai lipstik merah tuh*
*seksi kan kan kan*
-.-''   


seksi itu indah
dan lagi indah kalau
seksi depan suami
kalau aku ada suami
dah lama aku seksi depan suami aku jek
*bajet nak dapat pahala lebih*
hahahaha
tak lawak
kbye    -.-''

ok ok
aku nak cerita pasal seksi
apa maksud seksi bagi korang ye??
maksud seksi bagi aku ialah 
daya penarik yang ada pada diri seseorang
tidak kira samada lelaki atau perempuan
yang aku nak tekankan dekat sini
adalah mengenai perempuan
antaranya ialah :-

1) cara pembawakan diri
cara seorang perempuan itu membawa diri dia
macam mana cara dia behave depan orang ramai
sopan santun dia, cara dia bercakap dll
bila perempuan itu pandai membuat kerja, dan
ada keyakinan diri juga dianggap seksi
*ada orang cakap perempuan yang sopan neh seksi  :)*

2) cara berpakaian
cara seorang perempuan ini berpakaian.
aku tau ramai yang cakap perempuan
yang dedah-dedah neh seksi.
diorang memang seksi
sebab tuh diorang berpakaian macam tuh  :)
tapi ada jugak yang cakap
perempuan yang bertudung labuh itu seksi jugak
so semua orang ada pendapat masing-masing kan :)
*ada orang cakap perempuan pakai baju kurung
 pun nampak seksi tauu*

3) cara bersolek
cara seorang perempuan ini bersolek
sebab apa perempuan suka bersolek??
sebab diorang nak rasa yakin 
berhadapan dengan orang ramai
ada kan perempuan yang suka pakai eyeliner tebal-tebal
sebab dia rasa dia seksi bila makeup macam tuh
ada yang suka makeup pakai mascara sebab nak lentik bulu mata
dia rasa dia seksi bila buat macam tuh
*ada jugak perempuan makeup untuk kepuasan diri sendiri  :)*

*ini pendapat aku sahaja*
*see you next time*
*assalamualaikum*






Sunday, June 24, 2012

sesedap mulut mengata aku


nak cerita tentang
ada sorang makhluk Allah neh
dia cakap aku neh meroyan
kenapa dia buat statement tuh pon
aku tak tau
hurm

okay
memang sedih laa
dia tak kenal aku
tak tahu life aku macam mane
then terus cakap yang aku neh meroyan

okay
dia cakap aku meroyan 
sejak aku sudah jadi single mingle neh

|| ini jawapan aku untuk dia ||

aku sudah kena tipu dengan EX-BF aku
kena tipu selama 1 tahun lebih
aku tahu aku memang loser gila
sebab aku terlalu percayakan dia
*lepas neh janji taknak buat lagi*  :)
sejak tuh aku memang tak percaya lelaki
bagi aku lelaki semua sama
memang lah kita tak boleh nak judge orang
secara membabi-buta
*ops! mintak maaf, saya TERmencarut*
tapi itu pendapat aku
aku boleh nak kawan dengan lelaki
tapi bila nak serius
memang aku tak boleh
bagi aku lelaki neh memang manis mulut
and aku adalah seorang yang jenis cepat cair
*mengaku suda* ==.
kalau lelaki tuh pandai ayat aku
confirm aku cair
sebab tuh sekarang neh aku just kawan je dengan lelaki
then part yang paling menyakitkan hati
aku still tak boleh nak lupakan EX-BF aku
aku pon tak tahu kenapa
dalam kepala otak aku sekarang
just fikir macam neh

"aku memang sayang dia lagi, tapi dia je yang dah tak sayang aku, 
abis aku nak buat mcmane?"

aku memang rindu semua pasal dia
tapi nak buat macam mane?
dah clash kan?
huhu
redha suda  :')
aku just harap suatu hari nanti
aku dapat lupakan dia
sekarang pon dia sudah tak ambil tahu pasal aku
aku je kena buka mata cari yang lain

#hewhew
penat merepek
see you next time
assalamualaikum  :)







Tuesday, June 19, 2012

takut dengan cinta

assalamualaikum

hari ini nak cerita tentang perasaan cinta
hewhew 
aku sudah single selama 40 hari.
percaya atau tidak. itu memang perkara benar tau
manusia memang memerlukan cinta
cinta itu termasuk cinta kepada Allah SWT, RasulNya, Ibu Bapa, Adik-beradik, Rakan-rakan dll

apa yang aku nak cerita hari ni perasaan cinta di antara sesama manusia, antara lelaki dengan perempuan
cinta itu memang indah.
 lagi - lagi untuk orang jiwang macam aku ni 
*okay, sila muntah sekarang*
aku mengaku aku memang perlukan cinta dalam hidup aku
tapi aku takut 
*ulang sekali lagi* 
aku takut

sebab ape aku takut??
meh sini nak cerita
  • aku takut lelaki itu akan mempermainkan perasaan aku. aku fikir semua lelaki itu adalah sama.
  • aku takut lelaki itu tidak jujur berkawan dengan aku. mungkin sebab aku fikir aku ini tidak cantik. *bukankah semua lelaki hanya ingin berkawan dengan gadis-gadis yang cantik sahaja*
  • aku takut lelaki itu hanya mahu mempergunakan aku untuk kepentingan diri dia sendiri. *aku pernah kena macam ni dengan ex bf aku*
  • aku takut lelaki itu hanya mahu test market dia dengan aku. dia nak tengok sama ada aku ni jenis melayan atau tidak *maybe lah*
  • aku takut lelaki itu hanya mahu melihat aku in perempuan yang jenis macam mane. i mean maybe dia nak tengok aku ni perempuan yang social atau tidak. *mungkin dia just nak have fun dengan aku* aku memang taknak jadi macam tuh.

#ini hanya pendapat aku sahaja
okay, moga bertemu lagi
assalamualaikum

  












Saturday, June 9, 2012

bingkisan doa buatMu


BINGKISAN DOA BUATMU




Ya Allah....
Seandainya telah engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagian antara kami....
agar kemesraan itu abadi...
Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...


Tetapi ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan...
dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... 


Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti....
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah..
agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...


Dan ya Allah yang tercinta...
Gantillah yang telah hilang....
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...


Ya Allah ya tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buat ku....
kerana engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...


Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....


Amiin... Ya Rabbal A'lamin. .


bengang gila


aku memang tak puas hati betul lah
korang pernah tak rasa bengang tersangat - sangat
sampai sudah tak tahu nak buat ape?
then rasa macam nak nanges
hurm

kalau lah aku ada super power ke apew
memang dah lama aku fire sorang-sorang
naseb baik aku neh takde super power
huh

kalau dapat jadi hulk ke, power rangers ke,
memang dah kena dengan aku
sudah ah. aku ngah panas hati neh

aku rasa nak mencarut je
tapi aku sabarkan diri aku
k ah, papai

assalamualaikum

5 pelakon lelaki handsome


5 pelakon lelaki handsome adalah :-



1) Aaron aziz

femes gila dia neh. 
start cerita nora elena, lepas tuh kl gangster, then ombak rindu.
memang meletop dia neh.
*cair bila tgk watak seth tan tuh. sweet gilaaa.
nak hubby macam tuh jugak
wink-wink  ;)





2) shamsul yusof


dia neh memang handsome ! serius, tak tipu.
muka dia memang nampak ganas
kadang - kadang macam sweet pon ade jugak
*suka tgk dia bawa watak dalam kl gangster tuh
macho gilaa
bila kapel dgn org ganas neh 
tak payah laa nak cuak-cuak
otai ade sebelah
apedehal   :D



3) Shahz jaszle

dia neh memang muka player gila. 
then sebab tuh aku minat dia.
memang macam tuh kan
lelaki player memang ramai perempuan suka
fact rite??



4) Adi putra

muka memang mantain macho
dah macam-macam watak dia neh bawa
kalau baik, baik sangat
kalau jahat, jahat sangat
aku suke tgk dia neh dalam kl gangster
sebab tuh laa dia dapat no 4



5) Johan Asari

aku minat dia neh start tengok cite juvana
okayy. dia neh memang handsome
walaupun dia bawa watak psiko dalam juvana tuh
tp macho gilaa
*suka tgk dia dalam cinta elyssa
sweet sangat-sangat
aaauuuuummmm   :)



heeee  :)

*ini just pendapat aku saje