Friday, February 22, 2013

C I N T A


assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal cinta, okay, aku mengaku aku memang jiwang, *mesti korang tak percayakan?* :) cinta ni boleh bagi 1001 rasa dalam kehidupan. korang mesti pernah rasa jatuh cintakan? *menipu laa kalau cakap tak pernah, aku tak percaya* :P

jatuh cinta itu perasaan yang sangat indah, kita akan rasa amat dihargai, difahami, dan disayangi oleh si jantung hati kita tu. kan kan kan?? *malu laa tu nak mengaku* :P. aku mengaku laa aku ni  memang senang jatuh cinta, *kebanyakkan perempuan amat mudah untuk jatuh cinta, aku cakap kebanyakkan, bukan semua* kalau lelaki bagi perhatian, cuba mendengar masalah, pandai mengambil hati, for sure, lambat-laun perempuan tu mesti suka dekat korang jugak, *tak percaya? cuba laa* :)

aku amatlah senang untuk jatuh cinta, kalau lelaki tu pandai amik hati aku, pandai buat lawak, boleh ngam dengan kepala otak aku yang agak gila-gila ni, pandai main gitar and suka menyanyi untuk aku. haaa confirm laa aku mesti jatuh cinta dengan dia, hahaha *tak boleh blahkan ayat aku??* okayy tak lawak  -____-

apabila aku memasuki alam percintaan ni, aku akan serius terhadap perhubungan itu, *gilaa-gilaa punya serius okay* -.-'' aku cuba buat yang terbaik untuk perhubungan itu, akan tetapi, mungkin memang tiada jodoh, kisah cinta aku gagal. stop dekat situ je, ada je masalah datang, mungkin sudah takdir aku macam tu, aku redha :')

sampai satu peringkat, yang aku sudah tidak percaya cinta, mungkin sebab kisah silam aku yang banyak memberi kesan dalam hidup aku, bertambah pula dengan kisah-kisah orang disekeliling aku, buat aku takut untuk jatuh cinta lagi, *aku serius ni, aku memang takut untuk jatuh cinta lagi* sebab tu, aku suruh emak yang carikan jodoh untuk aku, mungkin itu yang terbaik untuk aku, bukan ke ada orang cakap, yang bercinta selepas nikah itu indah :) tapi emak aku tak layan pun, buat dont know je bila aku cakap macam tu  hurmmmm -___-"

pendapat aku laaa, sekali aku jatuh cinta, aku akan serius dalam perhubungan itu, so bila kau sudah mainkan perasaan aku, memang agak susah untuk aku nak buka balik pintu hati aku untuk kau. aku kena jaga hati dan perasaan aku sendiri sebab takda sapa yang nak tolong jagakan untuk aku. aku yang bertanggungjawab untuk diri aku sendiri. sakit pedih hati aku ni, aku sorang je yang rasa, bukan orang lain. 

so sekarang, aku nak tunggu je jodoh turun dari langit, aku tak tau laa bila pintu hati aku akan terbuka, inshaa allah, aku just harap yang terbaik je dalam hidup aku, doakan laa aku berubah untuk menjadi lebih baik, aku akan cuba untuk berubah, sekian terima kasih, assalamualaikum  :)




No comments: