Wednesday, February 13, 2013

over self-confident sangat tak boleh -.-''

*ini orang tengah gelak jahat*

salam semua, hari ni aku nak cerita tentang "over self-confidentdalam bahasa melayu membawa maksud "lebih yakin pada diri sendiri" *thanks to google translate*. over self-confident ni, pada pendapat aku, terbahagi kepada dua, iaitu boleh di terima dan tak boleh di terima.

over self-confident yang boleh di terima, bila di buat sebagai bahan jenaka, benda nak buat orang gelak, its okay laaa, jangan melampau buat lawak sudaaaa  -.-''

aku nak cerita tentang over self-confident yang tidak boleh diterima akal, no no no, triple 'no' okayy  -.-'' ini yang buat orang meluat dengan kau. ini betul-betul, bukan main-main

orang yang over self-confident ni berpendapat bahawa semua yang dia lakukan adalah perkara yang betul, walaupun dia ada buat salah *manusia manada sempurna, so semua orang akan ada buat salah*
dia tetap akan merasakan apa yang dia buat itu betul. *ini yang buat orang benci dengan kau*

orang yang over self-confident ni akan memandang rendah pada orang lain. dia merasakan dia sungguh sempurna, tiada cacat cela, *ini annoying* -.-'' suka memperlekeh-lekehkan orang lain, akan sentiasa ada yang tidak kena dari pandangan mata dia mengenai perbuatan orang di sekeliling dia. 

orang yang over self-confident ini selalunya akan merasakan diri dia hebat. takkan ada seorang pun yang boleh menandingi dia, dia berasa amat yakin untuk mendapatkan sesuatu perkara yang di kehendakinya. dia tidak akan mempedulikan orang lain, apa yang penting bagi dia, dia dapat apa yang dia nak. walau bagaimana pun caranya, dia sanggup.

aku de on call dengan sorang makhluk Allah ni, dia dengan over confidentnya cakap bahawa dia adalah jodoh aku, aku tak payah nak cari-cari jodoh aku lagi, dia cakap dia yang akan datang dekat aku, jodoh aku yang akan datang cari aku, *nampak tak betapa over confidentnye dia dekat situ* dia tau cakap je, aku takkan percaya yang dia dah berubah, dah lama dah aku buang dia dari hidup aku,

padehal gf dia kemain lagi cakap dekat aku, yang diorang nak tunang laa, nak kawen laaa, tapi gf dia tau tak yang bf dia tu still cari aku lagi? *nampak macam agak sakai dekat situ kan? aku tau* dia boleh cakap yang lelaki memang tak cukup dengan sorang perempuan. *ini lagi tak boleh blah? lelaki macam ni nak jadi suami aku?? memanggg takk laa weyy !* -.-'' aku cuma nak cerita betapa over confidentnye dia tentang sapa yang bakal jadi suami aku.

aku sendiri pun tak tau dengan siapa jodoh aku? bila aku akan bernikah? bila aku akan jumpa jodoh aku? semua aku tak tahu. agak hebat bila dia boleh tau akan benda yang aku sendiri tak pasti *rasa macam lawak pun ada* aku malas nak fikir pasal bende-bende macam ni, buat sakit kepala aku je. aku ada laa suka dekat sorang hamba Allah ni, tapi just suka saja okay, aku suka dia sebab dia tu comel, hihihi, *nampak aku ni gedik kan?* hahaha, sebelum aku melalut better aku stop, assalamualaikum :)


No comments: