Saturday, February 16, 2013

sifat kasar aku

assalamualaikum, korang ni semua sihat tak?? aku doakan sihat laaa ye  :). hari ni aku nak cerita pasal sifat kasar. semua sudah maklum bahawa lelaki memang bersifat kasar kalau nak dibandingkan dengan perempuan, so hari ni aku nak cerita tentang sifat kasar orang perempuan ni.

ada laa dalam 2 atau 3 orang, kawan lelaki aku, cakap yang aku ni kasar. aku ingat lagi, membe aku nama am *aku pernah cerita pasal arwah dalam blog sebelum ni* dia cakap yang aku ni, dia cakap semua dah okay da, cuma satu je, mulut aku yang slek. sebab suka cakap kasar. touchingg woo bila lelaki cakap macam tu kat aku. tapi aku buat bodo je, janji aku tak kacau orang lain sudah, tu bagi aku laa.

ada laa kawan aku, dia ni perempuan, dia pon cakap yang aku ni kasar, then dia cakap lagi, yang lelaki ni manada suka dengan perempuan yang kasar-kasar ni, lelaki suka dengan perempuan yang lemah-lembut, manja, dan seangkatan dengannya laaa

okay, aku tau tentang tu, and bagi aku, aku rasa laa kan, aku bertuka jadi kasar ni sejak clash dengan ex-bf aku, aku ingat lagi, exbf aku selalu cakap, yang aku ni manja terlebih-lebih, tak matang, perangai macam budak-budak, dan macam-macam lagi laaa, hurm

sejak clash dari bulan 5 tahun lepas, aku cuba buat diri aku menjadi seorang yang kasar, maksud aku kat sini, aku taknak jadi seorang yang lemah, senang orang nak pijak-pijak kepala aku, aku taknak jadi macam tu, sebab tu aku bertuka menjadi kasar. biar orang tak berani nak memperbodoh-bodohkan aku. bila aku jadi kasar, biar orang takut dengan aku, tu je niat aku sebenarnya.

sebenarnya, aku ni manja orangnya, aku manja dengan orang yang tertentu je, mana yang rapat dengan aku, mungkin diorang boleh nampak perangai aku yang manja tuh -.-'' *so diorang kena redha melayan perangai aku* 

bila fikir balik, memang betul laa apa yang kawan-kawan aku cakap tu, aku ni memang perangai agak kasar sedikit, so aku memang ada rasa nak buang sifat-sifat kasar tu dari dalam diri aku, ini semua memerlukan perubahan secara perlahan-lahan, yelaaa, sampai bila nak perangai macam ni, kang terkejut pulak bakal mak mentua aku tengok aku punye perangai kasar tu. terus dia reject jadi menantu dia, haaaa menangis tak berlagu aku T.T 

aku cuba untuk berubah, yeay ! berubah untuk kebaikan diri sendiri pada masa akan datang, takpe kan kan kan?? hihihi  :)  tapi kan, aku tak suka bila aku nak manja, orang akan fikir aku ni gedik, bende tu yang aku tak suka tuh, hurm  :( takut orang akan salah paham. tu yang tak besh tau. aku akan cuba untuk berubah untuk bakal suami aku, aku akan cuba mempersiapkan diri aku untuk menjadi yang terbaik untuk dia, walaupun aku tak tau sapa yang bakal jadi jodoh aku, *aku tengah tunggu jodoh turun dari langit je ni* hihihi, k laaa sebelum aku melalut, izinkan aku mengundurkan diri ini, assalamualaikum   :)

No comments: