Tuesday, March 12, 2013

Kau Lelaki Idaman


assalamualaikum, hari ni, aku nak cerita tentang lelaki idaman, *dengan tetibe aku boleh tersenyum bila tulis tajuk entri ni* hihihihihihi. 

lelaki idaman ni memang takkan wujud, so kalau ada pun dalam mimpi je laa kowt, lelaki ni pun manusia biasa jugak, so mesti ada kebaikan and keburukan rite?? alaaa. macam kita laa, orang perempuan, ade kebaikan and keburukan jugak kan kan kan??  :)

lelaki yang menarik bagi aku laaaa kan........ dia mesti otak gila-gila macam aku, serius. aku ni jenis suka buat lawak yang memang kadang-kadang tak lawak, *maksud aku lawak bodo laa* -.-'' so lelaki yang aku suka, mesti kena sama macam aku jugak, suka buat lawak. kalau dia boleh buat aku gelak, kira okay laa tuhh :)

lelaki yang menarik bagi aku, aku suka lelaki yang nampak macho. maksud macho dekat sini, bukan dari segi rupa paras sahaja, kita boleh panggil seseorang lelaki tu macho, dari cara perwatakan and cara dia bawa diri dia bila berada dengan orang di sekeliling dia. bagi aku, lelaki nampak macho bila dia pandai bawa diri dia depan orang ramai, :)

aku pernah laa kenal dengan seorang lelaki ni, rupa paras dia memang boleh tahan, tapikan, dia sanggup jumpa dengan aku, yang memang selebet gilaaa. aku respect laa dekat dia, sebab aku sudah banyak kali bagitau dia, yang aku ni memang tak lawa, huduh, gemuk. bolat dan macam-macam lagi laa. tapi dia nak jugak jumpa aku, tq bro, aku akan ingat kau sampai bila-bila  :)

untuk pengetahuan korang, tahap self confident aku memang rendah, kadang-kadang memang zero, aku tak yakin dengan diri aku sendiri, sebab aku rasa aku ni ada banyak gilaa kelemahan and keburukan, so aku rasa macam takkan ada lelaki yang akan suka dekat aku. takkan ada lelaki yang nak kawan dengan aku. lebih kurang macam tu laa aku rasa. aku yang suka dekat lelaki ade laa  -.-''

 so bagi nak sedarkan diri sendiri yang tak berapa nak sedar lagi ni, lelaki idaman takkan pernah wujud, aku bukan nak cari lelaki yang nak dibuat suami perfect ten pun, cukup laa kalau dia mahu belajar soal agama, and aku dengan dia boleh sama-sama belajar pasal Agama Islam. emak aku cakap, dia nak calon menantu yang tau dan mahu belajar soal agama, supaya boleh bimbing anak dia ni (aku laa kannnn) ke arah jalan yang diredhai Allah Swt. 

p/s : lelaki idaman kebanyakkan gadis adalah seorang yang amat menghormati orang tua, menjaga solat dan agamaNya, menghormati wanita, menjaga adap dan sopan santunnya.

itu pendapat aku laa, assalamualaikum  :)