Tuesday, March 12, 2013

Kau Lelaki Idaman


assalamualaikum, hari ni, aku nak cerita tentang lelaki idaman, *dengan tetibe aku boleh tersenyum bila tulis tajuk entri ni* hihihihihihi. 

lelaki idaman ni memang takkan wujud, so kalau ada pun dalam mimpi je laa kowt, lelaki ni pun manusia biasa jugak, so mesti ada kebaikan and keburukan rite?? alaaa. macam kita laa, orang perempuan, ade kebaikan and keburukan jugak kan kan kan??  :)

lelaki yang menarik bagi aku laaaa kan........ dia mesti otak gila-gila macam aku, serius. aku ni jenis suka buat lawak yang memang kadang-kadang tak lawak, *maksud aku lawak bodo laa* -.-'' so lelaki yang aku suka, mesti kena sama macam aku jugak, suka buat lawak. kalau dia boleh buat aku gelak, kira okay laa tuhh :)

lelaki yang menarik bagi aku, aku suka lelaki yang nampak macho. maksud macho dekat sini, bukan dari segi rupa paras sahaja, kita boleh panggil seseorang lelaki tu macho, dari cara perwatakan and cara dia bawa diri dia bila berada dengan orang di sekeliling dia. bagi aku, lelaki nampak macho bila dia pandai bawa diri dia depan orang ramai, :)

aku pernah laa kenal dengan seorang lelaki ni, rupa paras dia memang boleh tahan, tapikan, dia sanggup jumpa dengan aku, yang memang selebet gilaaa. aku respect laa dekat dia, sebab aku sudah banyak kali bagitau dia, yang aku ni memang tak lawa, huduh, gemuk. bolat dan macam-macam lagi laa. tapi dia nak jugak jumpa aku, tq bro, aku akan ingat kau sampai bila-bila  :)

untuk pengetahuan korang, tahap self confident aku memang rendah, kadang-kadang memang zero, aku tak yakin dengan diri aku sendiri, sebab aku rasa aku ni ada banyak gilaa kelemahan and keburukan, so aku rasa macam takkan ada lelaki yang akan suka dekat aku. takkan ada lelaki yang nak kawan dengan aku. lebih kurang macam tu laa aku rasa. aku yang suka dekat lelaki ade laa  -.-''

 so bagi nak sedarkan diri sendiri yang tak berapa nak sedar lagi ni, lelaki idaman takkan pernah wujud, aku bukan nak cari lelaki yang nak dibuat suami perfect ten pun, cukup laa kalau dia mahu belajar soal agama, and aku dengan dia boleh sama-sama belajar pasal Agama Islam. emak aku cakap, dia nak calon menantu yang tau dan mahu belajar soal agama, supaya boleh bimbing anak dia ni (aku laa kannnn) ke arah jalan yang diredhai Allah Swt. 

p/s : lelaki idaman kebanyakkan gadis adalah seorang yang amat menghormati orang tua, menjaga solat dan agamaNya, menghormati wanita, menjaga adap dan sopan santunnya.

itu pendapat aku laa, assalamualaikum  :)


Tuesday, March 5, 2013

Panas Baran yang terlalu dasyat



assalamualaikum, hari ni aku nak cerita pasal perangai panas baran. aku memang ada sifat panas baran, dan aku tidak bangga cerita pasal sifat panas baran aku ni. panas baran, atau "hot-tempered" whats we called it in english. thanks to google translate sebab tolong aku terjemahkan perkataan ni.

panas baran ni, hurm, apa yang aku mampu nak bagitau, kau memang tak boleh nak jangka bila perangai panas baran ni nak datang, anytime, anywhere, ada je punca yang boleh buat kau bengang, dekat situ perangai panas baran kau akan datang, kalau kau tak cuba untuk bersabar.

untuk sekali dua, boleh laa nak bersabar, dan sifat kesabaran aku amat laa tipis, macam tipis kulit bawang tu? kau tau tak? lebih kurang laaa. huhu. macam sekarang ni, aku tengah sakit gusi bengkak, so anything yang berlaku lepas ni, yang buat aku geram, maybe boleh buat aku naik hantu (maksud dia naik hangin laaa) itupun, kalau aku tak boleh tahan untuk bersabar. hurm

dengan sifat panas baran aku ni, aku selalu sakitkan hati orang-orang disekeliling aku, dalam sedar atau tidak, aku memang sudah sakitkan hati orang yang aku sayang. macam yang aku tulis tadi, sifat marah ni datang tanpa kau sedar. dia just berlaku macam tu je.

bila kau tengah mara, akan keluarlah perkataan atau ayat yang amat menyakitkan hati orang yang mendengar, boleh buat orang yang mendengar tu terasa dengan kita, tu laa aku cakap, bila kita tengah marah, kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita cakap atau apa yang kita tengah lakukan, kira macam syaitan tengah merasuk dalam diri kita, sebab tu dalam Agama Islam selalu suruh kita berzikir mengingati Allah Swt. supaya tenang hati kita, aku selalu terlupa nak berzikir bila aku tengah marah, Ya Allah, teruknya aku
 :'(

then bila aku sudah cool down, aku mesti menyesal dengan apa yang aku buat time aku tengah marah, aku sudah sakitkan hati orang yang aku sayang, tanpa aku sedar, memang nak buang sifat panas baran ni, tapi macam susah. sebab aku sudah biasa macam ni.

dengan sifat panas baran ni, orang akan hilang hormat dekat kau, sebab kau tak hormat orang lain bila kau tengah marah, aku memang tak bangga dengan sifat panas baran ni, aku memang nak ubah diri aku untuk menjadi yang lebih baik, tapi semua perubahan ini memang amat memerlukan jangka masa yang panjang. aku rasa takkan ada lelaki yang boleh terima aku seadanya, sebab aku rasa aku adalah seorang yang terlalu complicated untuk difahami, cukup laa dengan pengalaman aku putus cinta sebelum ni, aku pun tak tau tahun bila baru pintu hati aku terbuka untuk itu lagi.

terima kasih sebab sudi baca blog aku, assalamualaikum  :)