Wednesday, January 16, 2013

KEMATIAN

assalamualaikum

hari ni aku nak cerita pasal kematian
sebut pasal kematian
mesti ada orang yang takut kan?
aku tak cakap aku tak takut mati
aku rasa semua orang takut mati

aku cakap pasal kematian ni
sebab nak ingatkan 
kematian ni tak kenal sapa-sapa
any time any where je boleh jadi
sapa tau kowt-kowt 
lepas aku tulis entry ni
aku akan mati ke?
who will know rite??
aku bersyukur sebab masih hidup lagi hari ni
alhamdulillah  :)

setiap kali aku pergi kerja
i mean tengah ondaway drive tu
aku mesti terbayang excident yang mengerikan
aku pun tak tahu kenapa tetibe 
boleh terbayang time tu
aku macam dapat rasakan bahawa
hidup aku tak lama je

sebab tu aku cuba untuk berubah
aku nak jadi lebih baik dari hari semalam
dan aku harap esok aku akan
 menjadi lebih baik dari hari ini
i mean semua orang memang
 akan ada buat dosa 

kita tidak boleh berubah 
atas desakan orang lain
hanya diri kita sahaja yang mampu
untuk mengubah diri kita sendiri
aku tak cakap aku ni baik
aku bukan nak jadi ustazah celup
tapi aku cuba untuk menjadi  
manusia yang lebih baik 

kita hidup di dunia ini
adalah untuk mencari bekalan di akhirat
aku pun tengah cuba untuk
memperbaiki diri aku sendiri

aku berdoa agar aku akan mati
dalam keadaan yang tenang  
dengan senyuman menuju ke alam barzakh  
dan aku akan mati dalam agama islam
amin  :) 
 
 

  
 
      

Monday, January 14, 2013

POLITIK

ASSALAMUALAIKUM

mula-mula sekali
aku nak minta maaf
kalau ada orang yang tersakit hati
dengan entry aku kali ni
aku just bagitahu pendapat aku sahaja

aku memang tak tahu
dan tak amik port sangat
pasal hal politik malaysia ni
tapi sejak akhir-akhir ni
makin nak dekat dengan pilihan raya umum
makin teruk aku tengok 
macam-macam cerita keluar
kadang-kadang tak tahu
mana satu cerita yang betul
dan mana satu cerita yang palsu

yang sini fitnah yang sana
yang sana fitnah yang sini
kenapa perlu saling mengutuk 
antara satu sama lain?

well, manusia tiada yang sempurna
itu memang fakta
so setiap orang pasti akan melakukan kesilapan
kau tak boleh nak letakkan kesalahan
dekat satu pihak sahaja
bagi aku dua-dua pihak salah
samada pihak kerajaan atau pembangkang
dua-dua sama

Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara
Perdana Menteri adalah ketua kerajaan
Rosmah adalah bini kepada Perdana Menteri Malaysia
rosmah tu patut pakai tudung
jadi contoh yang baik untuk rakyat malaysia
macam mana nak raih undi untuk Barisan Nasional
kalau diri sendiri pun belum mampu nak
jadi contoh yang terbaik untuk penduduk Malaysia
slek dekat situ laa bagi aku
orang mempertikaikan pegangan agama
bagi ketua kerajaan malaysia sekarang

Bagi pihak pembangkang pulak
memang dah elok sebab 
sudah utamakan pegangan agama
tapi kena ingat bahawa
 agama islam agama yang suci
aku bukan nak jadi ustazah nak cerita detail tentang Islam
tapi aku nak jelaskan bahawa
pihak pembangkang tak boleh nak 
campur aduk politik dengan agama
itu adalah dua perkara yang amat berbeza
Agama Islam mana boleh buat main-main
itu adalah Agama yang menuju ke jalan Allah Swt
aku memang tak setuju yang pasal
nama Allah Swt yang nak digunakan 
dalam kitab bible bahasa melayu
nama Allah Swt mana boleh buat main-main

pengetahuan aku memang zero
kalau korang tanya pasal politik dekat aku
dekat sini aku just bagitau pendapat aku sahaja
so aku mintak maaf kalau
ade sakitkan hati sapa-sapa

assalamualaikum











Sunday, January 13, 2013

KEHILANGAN



assalamualaikum

hari ni saya nak cerita tentang KEHILANGAN
saya sudah berumur 24 tahun
ini bermakna sudah 8 tahun pemergian arwah ayah saya
*sila sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya*

saya sayang ayah saya
 
ayah saya meninggal disebabkan kemalangan jalan raya

sebenarnya agak susah untuk menjalani 
kehidupan sebagai seorang anak yatim,

saya ingat lagi time saya nak daftar
dekat asrama sekolah teknik sungai buloh
saya tengok emak saya bersusah payah nak
angkat barang keperluan saya ke bilik dorm saya
saya sedih kerana saya tengok orang lain
mempunyai ayah yang membantu membawa barang mereka,
kenapa saya tidak mempunyai ayah time tu?
saya redha kerana memang
sudah ditakdirkan oleh Allah Swt
bahawa arwah ayah saya meninggalkan 
saya dan keluarga awal
ada hikmat di setiap perkara yang berlaku

saya pada mulanya agak susah untuk
menerima kenyataan bahawa ayah saya
telah meninggal dunia
saya sentiasa berfikir bahawa
ayah saya pergi kerja jauh-jauh
dan tidak pulang-pulang sampai sekarang
saya susah nak terima hakikat bahawa
ayah saya telah pergi meninggalkan kami sekeluarga

akan tetapi sekarang
saya sudah mula menerima hakikat
bahawa ayah saya memang telah pergi 
meninggalkan saya

saya mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga
saya tidak menyatakan bahawa 
saya adalah seorang anak yang baik
akan tetapi saya akan lakukan yang terbaik 
untuk keluarga saya

saya tidak dapat membayangkan bagaimana dan
apakah yang saya akan lakukan jika
berasa di situasi yang dihadapi oleh emak saya
semasa kematian ayah saya.
menjadi single mother amat la susah
emak saya memang seorang yang sangat kuat
saya amat mengkagumi emak saya

saya sayang arwah ayah saya
saya sayang emak saya
saya sayang adik saya
saya sayang keluarga saya

sila hargai ahli keluarga anda sebelum terlambat

saya cuba menjadi seorang yang kuat
untuk keluarga saya
in shaa allah
:)