Sunday, December 30, 2012

mood down

aku cuba jadi kuat
tepis semua caci maki yang kau lempar kat aku
tapi aku tak boleh
aku simpan semua dalam hati
takde sapa pun yang tahu apa yang aku rasa sekarang
aku memang berdendam
aku boleh maafkan kesalahan kau
tapi aku takkan lupa apa yang kau buat dekat aku

kenapa semua orang sentiasa mencari salah aku?
teruk sangat ke aku ni?
aku memang tak sempurna
tapi aku rasa aku dah buat yang termampu
yang aku boleh bagi
aku cuba puaskan hati semua orang
tapi kenapa semua orang nak hentam aku balik?

semua orang ada buat salah
aku pun cuba untuk memperbaiki diri aku sendiri
tapi tak boleh la kau nak cari point hentam aku
aku rasa down gila kowt kau buat aku macam tu
semua manusia ada hati dengan perasaan la
cuma nak tunjuk dengan taknak tunjuk je

aku rasa down gila
dah la tak wish birthday aku
aku tak mintak pun kau wish
atleast hormat laa aku
aku rasa aku dah buat macam - macam kowt untuk kau
sampai aku taknak cari bf sebab aku malas nak fikir pasal lelaki
aku nak pentingkan family aku
tapi kau tak nampak semua tu

aku takut nak kawan dengan lelaki
sebab aku takut kena tipu bodoh-bodoh 
macam aku kena time dengan exbf aku
time dia kapel dengan aku
dia boleh kapel dengan perempuan lain
then dia tunang dengan perempuan lain
aku dah setia gila kot dengan dia
aku sanggup tahan lapar semata-mata aku nak bagi dia pinjam duit
aku memang bodoh dulu sebab terlalu percayakan dia
boleh tak semalam dia mesej aku semata-mata nak pinjam duit aku
aku dah takde pape hubungan dengan dia
boleh dia nak pinjam duit aku?
aku memang semak otak la kalau dia cari aku balik
aku takde life kalau dia kacau hidup aku
aku taknak kawan dengan lelaki sebab aku taknak kene tipu
aku taknak kene tipu macam aku kena dengan exbf aku dulu

aku tak tahu laa kenapa hati aku lembut sejak dua tiga menjak ni
air mata selalu sangat jatuh
kadang-kadang bila aku tension 
then aku menangis, aku rasa lega
ntah laa
aku tak tahu nak tulis apa lagi

assalamualaikum




Friday, December 28, 2012

sudah makin tua



hari ni genap umur aku 23 tahun
sudah semakin tua aku rasa
tak lama lagi 
aku akan jalan terbongkok-bongkok 
sambil pegang tongkat besi

haishhh -,-''
apa yang aku dapat sepanjang umur 23 tahun ni??

kerja? baru dapat

belajar sampai tahap diploma je
*nak sambung degree malas*

bf? aku single
*malas nak semak otak fikir pasal kapel ni*

dari umur aku sehari
sampai laa umur 23 tahun ni
aku BERSYUKUR
dengan apa yang aku ada
*ALHAMDULILLAH*
aku tahu yang ALLAH SWT
da rancang yang terbaik untuk aku

aku kena berubah untuk menjadi 
seorang yang matang
yang sabar
yang lebih baik.

okay laa
gtg
nak siap2 pergi kerja
assalamualaikum
:) 



Saturday, December 22, 2012

Langgar orang dan jatuh motor

salam semua :)
tadi time balik kerja,
traffic jam so kena la bawa kereta slow kan?
so time tu aku dapat idea nak blogging tajuk tentang
pengalaman aku langgar orang dan jatuh motor
*kenangan manis kannn*
-_______-

firstly, aku nak cerita pasal aku langgar orang tu,
time tu aku tengah practical 
dekat Majlis Daerah Hulu Selangor,
waktu hari kejadian,
aku on the way nak balik rumah
macam biasa la, kereta banyak kan
ok, lalu dekat area Rasa dekat dengan Shell tu,
ada sebuah motorsikal lalu sebelah kereta aku,
makin lama motor tu makin ketengah
makin himpit aku laa kan
so aku nak potong la motor dia,
aku bajet aku boleh lepas dia
lagi aku ke tengah sebab nak potong dia,
dia pun follow ke tengah jugak
ntah macam mane
handle motor dia terkena side mirror kiri kereta aku
then motor dia hentam pintu belakang belah kiri kereta aku
*aku pinjam pakai je, kereta emak aku punye*
lepas tu motor dia dah ade kat tengah jalan
dia dah guling-guling kat tengah jalan tu
aku boleh tarik hand-break
then toleh ke belakang nak tengok dia okay ke tak
alhamdulillah, naseb baik dia okay
aku cuak jugak kalau dia teruk ke ape
terus aku parking tepi jalan
then aku menangis
terus trauma nak pegang stereng kereta
tunggu emak aku sampai then 
drive bawa aku balik rumah

*esoknya aku tak datang pun opis,
lepas tu nak tak nak aku kena jugak bawa kereta
takkan nak suruh emak aku hantar amik aku kat Kuala Kubu tu kan
nanti ade orang cakap aku gedik pulak
so kena la beranikan diri bawa kereta jugak*

nak cerita pengalaman aku jatuh motor pulak
time tu baru lepas mandi sungai sedim dekat area kulim tu,
dah lapar kan, so aku dengan member-member aku,
teringin nak makan bakso,
so kitaorang cari laa kedai bakso kat area tu,
time tu bawa 2 buah motorsikal je,
melilau mata nak cari kedai bakso tu,
aku follow rapat dengan motor membe aku tu,
aku tak nampak dia break
tak perasan pun time tu
terus laa aku buat break emergency
hah! amik kau!
terus aku terjatuh terseret macam tu
memang sakit
aku betul-betul jatuh dekat depan kedai jual bakso
pekerja kedai makan tu pun  tolong angkat motor aku time tu
rasa malu tak payah nak cakap la
dengan kaki aku berdarah lagi, tapi time tu tak rasa sakit
so kite orang makan laa, perut da lapar gila time tu

* start rasa sakit bila dah lepas mandi dekat rumah,
time tu rasa macam nak meraung pun ade
aku beli dettol letak dekat luka tu
memang terbaik laa
pedih gila tapi cepat kering luka tu*

moral of the story

bahaya sebenarnya bila berada atas jalan raya ni
kita macam mempertaruhkan nyawa kita tau
so nasihat aku, kita kena laa berhati-hati
bawa kereta elok-elok
ingat orang yang tersayang

antara orang yang rapat dengan aku
yang terlibat dengan kemalangan jalan raya
1) Mohd Rafee (ayah aku)
2) Mohd Nur Hamzani (kawan aku)

*sila sedekahkan Al-fatihah kepada mereka*
sekian terima kasih
assalamualaikum







Tuesday, December 18, 2012

Hati Rasa Sayu


assalamualaikum semua
sayu je rasa hati ini
hurm
teringat kenangan masa silam
rasa macam nak menangis
malam tadi da nangis da
hurm :'(

makin kita cuba untuk
lupakan seseorang
makin kita ingat dekat dia kan?
kenapa perlu macam tu?

sebelum ni aku tak amik kesah sangat
sejak dua menjak ni 
aku rasa sunyi
sunyi sangat

malam tadi aku TERcall exbf aku
dalam pukul 11 lebih macam tu
ada perempuan angkat
aku terus letak call
terus aku menangis
aku pun tak tahu
kenapa aku menangis
padehal baru minggu lepas
dia call aku
cuba nak pujuk aku
tapi aku marah dia

sebab apa aku call dia malam tadi?
sebab aku teringat dekat dia
aku rindu dia
TAPI
 MEMANG TAK BERBALOI
aku memang patut lupakan dia
lupakan semua tentang dia
aku pun tak tahu
kenapa sejak akhir-akhir ni
aku selalu teringat dia
hurm

tadi time balik
tengok tarikh hari ni
dekat jam tangan aku
hari ni 18/12/2012
terus aku teringat dekat arwah am
nama penuh arwah
Mohd Nur Hamzani

birthday arwah nak dekat
dengan birthday aku
aku ingat lagi 
mesej arwah hantar dekat hp aku
bagitahu birthday aku 
hampir sama tarikh 
dengan birthday dia
birthday arwah 21/12/1993
birth aku 29/12/1989
*kan nak dekat tu*

ye, aku memang rindu arwah
dia je yang sanggup layan aku
time dekat poli PD dulu
aku sempat kenal dia sebulan je
bulan 7 aku kenal dia
bulan 8 dapat berita dia meninggal
time bulan puasa
nak dekat raya time tu
menangis aku bila
dapat berita tentang dia time tu
:'(
sila sedekahkan bacaan Al-Fatihah
untuk arwah
aku harap kau tenang disana
semoga dia dirahmati
oleh Allah Swt

hati aku rasa sayu sangat
hurm
tak tahu laa kenapa
rasa macam nak menangis

- - - - - - - - - - - - - - - - -
assalamualaikum 
 - - - - - - - - - - - - - - - - - 



Wednesday, December 12, 2012

jadi nombor dua?????


assalamualaikum semua  :)
hari ni nak cerita pasal nombor dua
korang suka tak nombor 2?
ke korang suka nombor satu neh?
(◕‿◕)v

ramai orang lagi suka
nombor satu dari nombor dua kan?
ade lelaki ni nak 
aku jadi gf no dua dia?
*ayat dia memang tak boleh blah kan?*
-,-''

aku cakap dekat dia
aku takmo laa jadi nombor dua
sebab aku taknak hancurkan
hubungan dia dengan gf dia
kesian dekat gf dia
mesti gf dia sayang dia sangat-sangat
so aku taknak kacau hubungan diorang

karma
you know what is karma?
you will get back what you give
sebab tu aku taknak
sebab aku taknak karma cari aku balik
so scary you know
lol -.-''

aku dah pernah kena tipu dengan lelaki
so sekarang
aku jadi takut nak kawan dengan lelaki
kalau buat membe-membe
aku takde hal kowt
tapi kalau lebih tu sudah kira masalah

kalau nak fikir pasal jodoh
aku tunggu je jodoh turun dari langit
*macam sweet tak bunyi dia*
hihihihi
assalamualaikum  :)





Tuesday, December 11, 2012

Tamat Sudah




Hai semua  :)
dengan bangga tambah riak sikit
aku nak bagitahu aku sudah tamat belajar 
horey oyeh oyeh
*menari sambil goyang pinggang*
habis sudah aku study
Diploma in Accounting
dekat politeknik PD tu
alhamdulillah
seronok sangat tauu
(^.^)v

ok, dila wake up!
mase kau nak honeymoon
dah tamat okay!
diulangi dah tamat!
so sekarang kau kene cari kerja
*macam mana nak cari kerja*
huhu -,-''

aku ingat start bulan 1 or hujung dec ni,
aku baru nak start cari kerja
sekarang ni nak relax dulu
nak enjoy duduk rumah dulu
huhu  -.-''
*mak aku kalo tau, mati aku kene mara*

ade orang tanya
lepas habis belajar nak buat ape?
*jawapan aku*
nak cari kerja
sambil tu tunggu jodoh
turun dari langit
then nikah
harap sampai ke syurga laa
insyaAllah, amin  :)
assalamualaikum






Sunday, December 2, 2012

susah nak faham lelaki ni kan??



assalamualaikum :)
aku nak cerita pasal lelaki hari ni,
lelaki ni memang complicated sangat kan?
hurm
*sambil buat muncung panjang*

kenapa lelaki sudah ada gf
still cari lagi exgf dia??

situasi pertama:
diorang da clash dah dekat 7 bulan,
setiap bulan lepas diorang clash,
si lelaki itu still cuba
memujuk si exgf untuk terima dia balik
walaupun dia dah de gf.
ayat memujuk memang agak power laa
tapi si exgf ignore
sebab memang dah tau sangat perangai si exbf ni
kadang-kadang memang
rasa macam nak bagi peluang dekat si exbf
tapi mesti ada benda yang buat kantoi
bahawa si exbf ade gf lain.

si lelaki sudah ada gf tapi
kenapa still lagi mencari gf lain??

situasi kedua:
si lelaki buat-buat macam single
padehal dah de gf.
pandai dia berlakon sampai
si perempuan ni tak syak
yang si lelaki ni sudah ade gf,
si lelaki ni buat perempuan tu
betul-betul jatuh cinta dekat dia,
dan sanggup berhabis duit untuk dia.
perempuan tu sanggup berkorban
untuk si lelaki demi nak buktikan
bahawa dia betul-betul sayang lelaki tu.
bila lelaki tu dah bosan,
dia tinggalkan perempuan yang dia tipu tu.
si lelaki tu nak cari perempuan lain laa pulak.


itu laa yang memang betul-betul
aku tak faham dengan lelaki ni,
aku nak tanye pendapat korang macam mana?
sebab tu aku buat entry ni.
harap korang boleh bagi pendapat
sekian terima kasih
assalamualaikum  :)