assalamualaikum
hari ni saya nak cerita tentang KEHILANGAN
saya sudah berumur 24 tahun
ini bermakna sudah 8 tahun pemergian arwah ayah saya
*sila sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah saya*
saya sayang ayah saya
ayah saya meninggal disebabkan kemalangan jalan raya
sebenarnya agak susah untuk menjalani
kehidupan sebagai seorang anak yatim,
saya ingat lagi time saya nak daftar
dekat asrama sekolah teknik sungai buloh
saya tengok emak saya bersusah payah nak
angkat barang keperluan saya ke bilik dorm saya
saya sedih kerana saya tengok orang lain
mempunyai ayah yang membantu membawa barang mereka,
kenapa saya tidak mempunyai ayah time tu?
saya redha kerana memang
sudah ditakdirkan oleh Allah Swt
bahawa arwah ayah saya meninggalkan
saya dan keluarga awal
ada hikmat di setiap perkara yang berlaku
saya pada mulanya agak susah untuk
menerima kenyataan bahawa ayah saya
telah meninggal dunia
saya sentiasa berfikir bahawa
ayah saya pergi kerja jauh-jauh
dan tidak pulang-pulang sampai sekarang
saya susah nak terima hakikat bahawa
ayah saya telah pergi meninggalkan kami sekeluarga
akan tetapi sekarang
saya sudah mula menerima hakikat
bahawa ayah saya memang telah pergi
meninggalkan saya
saya mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keluarga
saya tidak menyatakan bahawa
saya adalah seorang anak yang baik
akan tetapi saya akan lakukan yang terbaik
untuk keluarga saya
saya tidak dapat membayangkan bagaimana dan
apakah yang saya akan lakukan jika
berasa di situasi yang dihadapi oleh emak saya
semasa kematian ayah saya.
menjadi single mother amat la susah
emak saya memang seorang yang sangat kuat
saya amat mengkagumi emak saya
saya sayang arwah ayah saya
saya sayang emak saya
saya sayang adik saya
saya sayang keluarga saya
sila hargai ahli keluarga anda sebelum terlambat
saya cuba menjadi seorang yang kuat
untuk keluarga saya
in shaa allah
:)
No comments:
Post a Comment