Friday, October 7, 2011

kene skodeng

assalamualaikum

korang semua tahu tak apa maksud skodeng tu?
dalam erti kata lain mengintai
apa yang besh sangat mengintai - mengintai ni
selalu yang kena intai ni budak - budak perempuan laa
sahaja nak buat entri pasal tajuk ni sebab baru minggu lepas rumah sewa aku di skodeng !

bikin gempak tak tajuk entri nih
heeeeee
time kejadian berlaku dalam pukul 7.30 petang macam tu
matahari pun da hilang time tu
kira macam da senja gitu
boleh membe aku dengar bunyi something dekat tingkap belakang
aku bajet bunyi kucing or something
so ak cakap dengan dia takda pape laaa

tiba - tiba

aku ternampak kelibat lelaki tengah nak skodeng dengan tingkap tu
aku nampak dia pakai baju putih
bertelinga capang then botak orangnya
then aku bagitahu housemates aku yang lain
aku memang cuak gila time tuh
then aku terus tutup lampu dapur
tengok lelaki yang skodeng tu
dia dengar kami bising - bising
nak ugut report polis bagai
dia hilang tak tahu pergi mana
then aku tengok tingkap bilik aku terbuka
memang sah dia punya kerja
port baek dia cover
tudung membe aku bergantungan dekat situ
so memang tak perasan yang tingkap tuh memang terbuka
aku terus tutup tingkap tuh
then terus letak tape dekat kain langsir tuh

then kita orang pecahkan kaca dekat belakang rumah
letak ranting - ranting kayu bagai
atleast kalau dia skodeng lagi
kami boleh detect laa
then terus panggil polis tangkap dia
padan muke dia
hahaha

hope lepas ni dia sudah tak berani nak skodeng rumah kita orang lagi

No comments: